User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Apa itu Chromebook ?

Chromebook adalah model komputer mudah alih generasi baru yang dibangunkan secara bersama oleh pihak Google dengan beberapa pengeluar peralatan komputer.

Projek Makmal Chromebook adalah projek penggantian dan pembekalan makmal komputer baru yang menggunakan laptop khas yang dipasang dengan Chrome OS daripada Google. Maklumat mengenai chromebook pembaca boleh merujuk di sini.

Chromebook yang dibekalkan terikat dengan id yang diberikan oleh YTL yang mana tuan/puan tidak dapat menggunakan id daripada akaun Google.

Dimaklumkan oleh guru boleh log masuk tapi sebagai akaun tambahan setelah tuan/puan log masuk menggunakan id Yes.

               

   

Dalam projek 1BestariNet chromebook dibekalkan ke sekolah-sekolah melalui konsep chromelab atau makmal mudah alih chromebook untuk digunakan di sekolah.

Malah para pentadbir sekolah telah didedahkan dengan program outreach mengenai perlaksanaan projek ini pada akhir tahun lepas.

Untuk makluman makmal chromebook ianya terdiri daripada beberapa komponen seperti berikut dan ada sekolah mendapat satu set atau dua set mengikut keperluan sekolah, berikut adalah senarai untuk satu set chromecart mobile lab yang ada di sekolah :

  1. 1 rak pengecaj beroda chromebook
  2. 21 chromebook (16 model wifi dan 5 model 4G)
  3. 1 zoom Yes 4G
  4. 1 AP wireless
  5. 1 Cache Machine
  6. 1 Pencetak Awan (cloud printer)

 

 Proses Kehilangan Chromebook

 Download : Carta Alir Proses Kehilangan Chromebook

WARGA PKG ENDAU

Carta Organisasi PKG Endau.

PELAWAT PORTAL

169743
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Pelawat
140
89
351
168525
4270
3918
169743

IP Anda: 54.198.122.70
24-04-18 14:38

LOKASI PKG

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com