User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

SEJARAH PUSAT KEGIATAN GURU ENDAU

 

Penubuhan Pusat Kegiatan Guru (PKG) bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD) iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat (4) buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang. Pada tahun 1986, nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar bandar dan bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan.

 

Pada 26 Julai 1990, PSPD telah dinaik taraf dengan konsep dan peranan yang lebih mencabar. Ia bertukar nama kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama PSPD bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995, PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai. Pada masa kini bilangan PKG telah meningkat kepada 367 buah.

Gambar 1 : Bilik Operasi PSPD 32 Endau

Pusat Sumber Pendidikan Daerah 32 (Endau) ditubuhkan pada tahun 1991. Semasa itu PSPD 32 ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar (SKPAT), Endau. Pada ketika itu PSPD 32 hanya beroperasi bilik bersebelahan kantin SKPAT. Pegawai yang pertama yang dilantik ketika itu ialah En. Mazlian Ra'afi. Tarikh beliau mula bertugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan ialah pada 1 Mac 1992. Pada ketika itu En. Mazlian merupakan pegawai tunggal yang bertugas menguruskan PSPD 32. Hasil hubungan yang baik dengan Pegawai PPD Daerah Mersing ketika itu maka PSPD 32 mendapat Pembantu Am Rendah (PAR) yang dipinjamkan bertugas. Antara PAR yang pernah bertugas, yang pertama ialah Pn. Rokiah Mohamad, kedua, Pn. Roslawati Abdul Malek dan yang terakhir Pn. Kamariah Mohd Yusof.

Gambar 2 : Bangunan PKG yang pertama, bagunanan asal PSS SK Pusat Air Tawar.

Pada tahun 1995, Pusat Sumber Pendidikan Daerah 32 (Endau) telah bertukar nama kepada  Pusat Kegiatan Guru J27 Endau. Setelah ditukarkan nama PKG, operasi PKG ditempatkan di sebuah bagunan khas yang asalnya adalah PSS SKPAT. Atas keperihatinan Jawatankuasakuasa Pengurusan PKG, pihak SK Pusat Air Tawar, telah bermurah hati menempatkan PKG disebuah Bangunan PSS sekolah setelah SK Pusat Air Tawar mendapat bangunan PSS baru.

Gambar 3 : Bangunan PKG yang telah diletakkan papan tanda PKG J27 Endau.

 

Setelah beberapa tahun En. Mazilan bertugas di PKG J27 Endau pelbagai usaha-usaha yang telah beliau lakukan bagi memastikan prasana PKG J27 Endau selesa dan mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menjalankan aktiviti PKG. Pada tahun 6 Jun 2005 PKG Endau merima seorang pembantu tadbir. Pembantu tadbir yang pertama untuk PKG Endau ialah En. Nurul Fazli Abu Naim. Selang beberapa bulan seorang lagi Pegawai Teknologi Pendidikan melapor diri. En. Mohd Abdul Rahim melapor diri bertugas sebagai PTP2 pada 16 September 2005.

Gambar 4 : Bangunan PKG yang telah ditambah beberapa bilik khas.

 

Pada tahun 2009 seorang juruteknik komputer (JTK F17) yang pertama telah melapor diri bertugas. Puan Hasrina Jalal telah melapor diri bertugas pada 1 April 2009. Sejak tahun 2009 itu lengkaplah semua jawatan diisi di PKG Endau. Pada tahun ini juga bangunan utama PKG telah dinaiktaraf degan ditambah beberapa bilik baru, seluruh lantai  bangunan PKG diletakkan jubin, bilik makan terbuka, kaunter utama ditambahbaik. Dana naik taraf diperloleh dari kerajaaan untuk PKG yang tidak berbangunan.

 

 

Gambar 5 : Bangunan PKG yang diubahsuai dari peruntukan kerajaan untuk PKG tidak berbangunan pada tahun 2008.

PKG Endau juga pernah dilawati oleh pegawai-pegawai tertinggi dari BTPNJ, BTP dan KPM antara nama-nama besar yang pernah melawat di PKG Endau ialah :

1.       Tuan Hj. Paridin Jais. mantan Ketua Penolong Pengarah, PSPN Johor – 09.11.2006

2.       Yg. Bhg. Dato’ Hj. Yusoff Harun, mantan Pengarah BTP, KPM – 12.12.2006

3.       Yg. Bhg. Dr. Hj. Khodori Hj. Ahmad, Timb. Pengarah (Produksi) – Lembaga Peperiksaan, KPM. – 27.02.2008.

4.       Tuan Hj. Ishak Mahbob, mantan Ketua Penolong Pengarah, BTPN Johor – 18.02.2009

5.       Yg. Bhg. Tuan Hj. Paridin Jais, Timbalan Pengarah, Pembangunan Pendidikan Bestari, BTP, KPM -18.02.2009.

6.       Yg. Berhormat Datuk Dr. Hj. Abdul Latiff Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia – 12.03.2010

 

7.       Yg. Bhg. Datin Che Normadiah Hj. Che Abbas, Ketua Penolong Pengarah, BTPN Johor – 24.05.2016

 

PKG Endau juga pernah memenangai beberapa anugerah pengurusan. Berikut adalah anugerah yang pernah diperoleh di sepanjang penubuhannya :

1.       Naib Johan, Anugerah Pengurusan PKG Terbaik Negeri Johor 2009 sempena Majlis Anugerah Cemerlang Jabatan Pelajaran Johor 2009.

2.       Naib Johan, Anugerah Pengurusan PKG Terbaik Negeri Johor 2010 sempena Majlis Anugerah Cemerlang Jabatan Pelajaran Johor 2010.

3.       Pengurusan PKG Cemerlang Negeri Johor Tahun 2010.

 

WARGA PKG ENDAU

Carta Organisasi PKG Endau.

PELAWAT PORTAL

180495
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Pelawat
124
112
515
179412
1815
3067
180495

IP Anda: 54.80.7.173
18-07-18 20:13

LOKASI PKG

Gambar PKG Endau

  • 1.jpg
  • 2.jpg
  • 3.jpg
  • 4.JPG
  • 5.JPG
  • 6.JPG
  • 7.JPG
  • 8.JPG
  • 9.JPG
  • 10.JPG
  • 11.JPG
  • 12.JPG

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Pusat Kegiatan Guru Endau adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Pusat Kegiatan Guru Endau.

 

 

Waktu Operasi

AHAD - RABU

  8.00 Pagi - 1.00 Petang

2.00 Petang - 5.00 petang

KHAMIS

  8.00 Pagi - 1.00 Petang

2.00 Petang - 3.30 petang

JUMAAT DAN SABTU

Cuti Hujung Minggu

 

MEJA BANTUAN

1Bestarinet - 0187998787

Yes Altitude 4G - 0183330000

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com